singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Tuesday, July 19, 2011

Off9

cik asnur Off9 smpai ahad..
mOod =sarawak... =)

Sunday, July 17, 2011

RAHSIA HATI

saya cuba bgun dr kegagalan dan kesilapan lalu....

daripada itu,
saya kini cuba belajar utk lebih berdikari...
saya kini cuba mndalami erti mnyepi...
saya kini cuba bgkit drpd khayalan mmpi...
saya kini cuba mematangkan diri...

malah....smakin meniti hari,
saya b'lajar utk memendam  dan hnya meluahkan pd EMAK n ABAH...
saya b'lajar jgn t'lalu mmpercayai,, wlpun dia tman sjati, serta prnah bjnji shdup smati...
saya b'lajar utk lebih memberi....wlpun pernah disakiti...
byk perkara yg sya blajar tnpa sya sedari...

dan sya kini,
smkin kuatkan diri,
xpeduli pd yg iri hati...

mmg xdpt disgkakn..
apa yg berlaku lalu,, ia jdkan pngajaran utk hari ini
apa yg b'laku kini,,,ia jdikan pngajaran utk hari kelak....

p/s-->sgala sebab yg mnyebabkan sya menulis sbgini..berubah sbgini...
hnyalah ia RAHSIA dihati saya saja... t'semat diam2 dihati...
mngubati sendiri,,,, kerana ia bantu saya utk lebih berdiri...
trma kasih ALLAH S.W.T kerana sentiasa disisi..
mngetahui apa yg terbaek utk diri ini....

sya x kesah siapa saya pada mereka..kerana sya perlu utk LEBIH KISAH siapa saya disisi ALLAH s.w.t,,
menginsafi kekurangan diri... ;'(
biarlah sgalanya mnjadi RAHSIA HATI

Saturday, July 16, 2011

3jam

kali nih,,,,, mmg buat cik.asnur btOl2 terharu.... tenkiu sgt2.... smOga slmat smpai ipoh... 3jam lg...

Friday, July 15, 2011

jodOh.. ;)

bila b'bicara ttg jOdOh..
cik asnur...jd takut... hurmmm....
tp itu mmg rencana Allah s.w.t
Allah s..w.t thu yg mana t'baek utk hamba-Nya,

kita x tahu siapa jOdOh kita..
mskipun b'cinta b'thun-tahun, 
kalo dia bkn utk kita,,, b'pisah jgak akhirnya...
bgitu jgak sbaliknya,
kalO dh jOdOh, kenal kjap pun jadi....

dlm ksah cik.asnur...trus trang ajelah.....
mmg m'doakan dia jOdOhnya...
insyaallah....
jika benar....
ada la jodOh kitaorg...

andai xde jOdOh..cik.asnur redha...
mgkin msing2 akn jmpa jOdOh yg t'baek dlm hdup msing2...
tiada sgunung harapan yg mmuncak tggi utk bab ini...
skdar mgharapkn yg t'baek dlm p'hubungan...

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”



Wednesday, July 6, 2011

warna itu ini

bila ade
putih...


 diserikan pula dgn warna ini

 dan seterusnya
menaikkan rasa oleh warna ini

maka.........



??? jeng jeng jeng ???

x sedia lg...

esok dh start intern kt skolah...

mata xnk ttup lg

dh la kena bgun awal

nmpak sgt x sedia lg nk p skOlah.....


p/s ---> aduhai mata,,, jOm tidO... (nk dOdOi, kena nyanyi, kalO nyanyi, cmne nk tidO...huhuhuhukss) =P

Nikmat disebalik erti kesabaran...

Pendahuluan

Sabar adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah. Malah segala ibadat itu didirikan di atas sifat sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menghadapi rintangan dan memerlukan pengorbanan.

Dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Tujuan sabar

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram agar tercapai kesempurnaan dan matlamatnya. Jika tidak bersabar, pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Antara firman Allah Taala mafhumnya: "Wahai oranag - orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).(Surah Ali Imran3:200)

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar terhindar daripada jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib K.A.W pernah bermadah, maksudnya "Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa".

Dalam konteks menghadapi ujian (qadha') atau musibah, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya menanam sifat sabar dalam dirinya, sekiranya dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat dan hikmah musibah itu serta sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Ta'ala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh. inilah tindakan wajar orang yang bersabar. kita tidak seharusnya marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu syaitan, kerana kita tidak tahu hikmat disebalik takdir itu. Misalnya pesakit adalah salah satu daripada jutaan ujian daripada Allah.

Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada si pesakit. Maka sekiranya penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Kita tidak tahu apakah hikmah dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan oleh Allah.

Justeru itu, kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan dan penuh kesabaran. Kaedah terbaik ialah berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai hamba Allah.

Di dalam mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Bagaimana cara untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula adalah dengan sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebaikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Sebagaiman firman Allah dalam surah al-Asr, ada menyebutkan agar kita saling ingat-mengingati akan kebenaran dengan kesabaran

Secara keseluruhannya, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarrab dan keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan.

Wallahu a'lam


sumber : Muslim Diary

sukar ke kahwin tu?

Adat ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.

Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.

Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah s.w.t berfirman:

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)

Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)

Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)

Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya.





p/s ---> ttg sya??? hu3...sidia dh tau..dan dia ckap Ok..hrap2 x m'bebankan..(w/pun sya rasa agak mahal la, tp mak sndiri yg ckap,,dan bg org2 mgkin ckap itu harga biasa-biasa).. bgtau awal, tkut t'kjut plak nnt nk hmpun duet....kui3....


simple2 aje,,,jnji dpt keberkatan drpd Allah s.w.t... xperlulah b'lawan yg mna lebih mahal, pakej yg pling hebat, menunjuk2...itu suma bukan sifat dlam seorg islam... renung-renungkanlah.... bersederhanalah..,


sumber : syahirul

kuikuikui

kui3... x smpai 24 jam pun..blOg ttup utk umum..

disebabkan geram sudah dilepaskan...

blOg xtif blik....

thanks yea awk...seb baek awk ade....

p/s --> rhsiakan saja... biarkn saya, awak n org tut jea tahu...
cik.asnur kblakangan nih sensitif sgt ,,, he3

Monday, July 4, 2011

aduhai pensyarahku....

hurm....
ade la sorg lect aku nih...
kitaorg start rapat bila dia pnah ajar aku tennis...
dia xpnah ngajar kt kelas..juz ngajar gerkO, tu pun skali dua..
lpas tu..teruih jea rapat...

bebaru nih jmpa dia....


"hg nih sat kecik,sat besar, pastu susut plak, la nih aku tgOk naek balik,
elok2 susut aritu, segak ja aku tgOk...nih naek balik, aku x suka la"

tgah bahagia, fmly jga elok2, kwan2 jga elok2...cik.abg pun jga elok...


elok la sgt,,, xdak-xdak...bg susut balik...

encik bg saya 2 bulan, ok?

ok. arini 4.7... saya tuggu 4.9...

kalau sya kurus...sya dpat pe...?

hg ckap jea nak pa?


(kang mintak kete Honda civic baru, sebijik...ternganga mulut kot)

yg cik.asnur pun 1.. ada patut  mintak 2 bulan.. mintak la lama ckit...
aduhai.... nk diet ka?
encik abg x kesah pun....tiba2 pensyarah kesah la plak... "(~~,)

tp kalo btol2 aku susut... nk minx ape yea ....he3.. (otak jahat mula b'fgsi)
kalau minx handphOne(x logik ok)...ngada2 plak...x psal2 kena sekeh nnt...
(nk mintak kepci pe suma, rasanya x luak duet gaji dia yg byk tu..) lg pun dh title DR., gaji kompem2 tebal....ape la salah kalO melabur ckit utk pelajar dia..kih3
pikir2 nk minx ape... he3...
& kalO minx lebih2, x psal2 jd bini nO-2 dia... ha3.. =P (minx smpang malaikat 44)


aduhai pensyarahku.....

sya selesa skrg nih... saya comel ape... =P debab je..bkn gendUt... =P

Sunday, July 3, 2011

no plat keta...

skrg mmg ramai dok sakan tempah no plat...
mklum la KDA (Kedah Darul Aman)....
wahhhh...bestnya,,,
nak jugak!!!!
tp kalau amik kete skrg,, mcam t'buru2...
xde lgsung dlam plan....
kang menyesal plak....

simpan sja hajat..
xpela,,, kempunan la plat KDA...
pakai dlu kete lama abah...
setakat nih...Ok aje,,alhamdulillah.. ;)
bersyukur aje dgn ape yg ade....
nnt dah keje, baru pikir....

alahai hati....sabar yea hati
nnt kita tggu KDH la plak...
KDH = KeDaH... =)
mgkin bkn rezeki cik.asnur nk pkai plat KDA... =)

cincin??? ha3

saja sembang2 kosong smlam....

saya  --> awak, sya makin debab la... jari pun makin debab.
               kalau jari debab, cincin kena besar la.. dah la cincin mahal
awak --> yeke? @#$%^&*()..................

ha3...mcam-mcam... kesian.. ;p  saja menyakat...

kalO debab pun xpe... nnt dpt cincin mahal... ahaaaksss... 



x hepi ttg kawan?

hurmmm....
cik.asnur x suka sstu yg b'laku dlm khidupan kwan cik.asnur sorg nih...
act kitaorg mmg rapat...kitaOrg still kOntek wlpun dia dh pOsting.... =)
wlpun cik.asnur x suka...tp dia nmpak hepi sgt...
cik.asnur bkn x suka dia hepi.... tp cik.asnur x suka "penyebab" dia jd hepi tu...
hurm.... kawan,,hOpe hepi hg nih b'pjgan... dh byk kali hg dOwn sblOm nih...
mOga kali nih hg x t'luka lg...

sptOtnya cik.asnur lega hg hepi..tp sbnarnya cik.asnur tkut ssuatu yg mgkin b'laku kelak...
kawan.kawan.kawan..... aduhaiiii...cik.asnur xkan ckap pape..just smpan aje dlam hati
& berdOa hg akan dpat yg terbaik dlm hidup hg... gd luck kawan....

p/s --> sntiasa pk +VE ttg si penyebab tu... tp x bOleh.. ;(
pape pun cik.asnur cuba terima jgak... demi kwan cik.asnur sorg nih hepi....
mgkin mencuba utk trma adlah lebih baik drpd membenci ssuatu itu....
kawan.kawan.kawan..... selamanya kawan, x kira jatuh naik kita tetap kwan,,, ;)

Saturday, July 2, 2011

teringin..

teringin char kotiaw = dah dpat
teringin laksa = dah dpat

mai tiba2...
teringin = cendOl,,,, he3

***************************
saya ---> tringin cendOl la...
awak ---> xpa, nnt kita pi....
***************************

ha3...hOooreyyyy,,,, ^___^ 
x sbaq nk blik kulim.. ;)


;(

sya sibuk smpai mlm...
nk sembang ngn awk...xbOleh...
sbb dh lewat...esOk awk kursus..
awk kena tidO awal....

msa..msa..msa... ;(

Friday, July 1, 2011

ku pikirkan yg terakhir....

hurmmm...
x lama lg...nk g sarawak,,ngn kwan2 klas n pnsyarah...
ingatkan sarawak adlh tmpat t'akhir utk cik.asnur g b'cuti slpas ke medan bln 6 ritu...
rupa-rupanye TIDAK...

blik rumah cuti ritu mak n abang dh bnyi2 nk b'cuti...
"adik nk p trngganu ke thailand?" mak tnya...
cik asnur jwab smple aje...ikut mak la...
abg plak.. nak p kedua-dua tmpat tu....

pastu, msa cik asnur blik nk p antaq mak n abah umrah..
mak ckap nnt nk g thailand...pkcik pun mgkin ikut skali...
nmpaknye,,,destinasi utk cuti nnt adlh THAILAND... =)
untung cik.asnur, xyah risau2..sbb ade pasport,,
abg, kak ipar cik.asnur t'pksa la buat border pass..
msti best g jln2 ngn fmly...

nmpaknye..sarawak bkn tmpt p'cutian t'akhir cik.asnur utk thun nih...
Thailand mnanti...

p/s --> b'cuti dgn rkan2 batch    ---> Medan, indOnesia
            b'cuti dgn rkan2 kelas    ---> Sarawak
            b'cuti dgn kluarga t'cinta ---> Thailand...

mana bOleh merungut!!!

saya ---> awak, @#$%&*()(*&^%$#@ .....letihla camnih,,,,
awak ---> sabar la. Dh nk bis blaja. pasni xda apa dh.

p/s --> msih ade lg 5blan utk slesaikn p'juangan sbg pelajar
lpas nih ...msih ade tggjwab&amanh yg lebih besar utk dilaksanakan
cik.asnur xbleh cepat merungut...xleh cepat putus asa... kuat!kuat!kuat!
*anggap hal ini mudah, insyaallah ia akan jd mudah,,,saya mampu! saya mampu!*

jgn klik