singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Friday, April 10, 2009

Jangan Ulangi Kesilapan

salam...dah lma ak x usha blog aku...
wlpun aku tgh demam nih, ak tetap nk taip gak...hu3
erm...ak ska 1 pepatah yang diungkapkan oleh seorang penulis buku
iaitu Eddy Rosyadie Mohd Samsuri menerusi buku yang berjudul
"cinta, jodoh dan perkahwinan"
so aku nak korang renungkan ungkapan beliau ini ;

"orang yang bijak ialah orang yang belajar dari kesilapan orang lain dan membaiki dirinya, orang yang pandai ialah orang yang belajar dari kesilapan sendiri dan kemudiannya membaiki. manakala orang yang bodoh ialah orang tidak belajar dari kesilapan dan berterusan membuat kesilapan malah menyalahkan orang lain atas kesilapannya..."

Tuesday, April 7, 2009

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'.
" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
"

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Friday, April 3, 2009

Kawan...Bagi Aku...?

Kata Mak,
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...

Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...

Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...

Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...

Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...

Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...

Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...

Kata sy,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...

Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...

Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...

Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...

aku ~lalalallaalaala~



salam...
hu3 asyik stry psal kengkwn...nk stry psal ak plak...
okehhhhh....arini ak agak sonok....
coz dah antaq smua esaimen kcuali esaimen sbjek Major
so dh ringan la beban ak... hu3....
actually...
ak tgh lapaq nih....lpaq nasi ayam,,,huhuhu....
tp nsi ayam xder plak rini kt cafe...
owhhhh....lpa plak....
sok ari yg plg brmkna utk ak...
iaitu....my Beday...
wakakah....dah tua dah....tp prngai cam bdak2..
cpat2...nk brbah jd matang...
huhuhu...bley kew?
insyaallah bley....chaiyok2..asnur!!!!!

Aku N Fila...

salam....
ritu....ak der story psal cu'a....
today...ak nk stry psal fila plak...
actually...kmi nih duk kt blok yg sma...aras sma...(blok nyatuh)
class sma....hu3...
Fila nih,,,,rajin daknyer...
dat y,,,sem nih ak trikut krjinannya...
huhuhu...(baguih kn?)
sem nih...ak xder lg rekod buruk kt HEP...hehehe
rekod dtg lewat ke KULIAH...kahkahkah
tiap2 pg...Fila msti tcgat dpan blik ak...
dat y ak siap cpat2,,,xnk la mmber tggu lma2..
bab asgmnt plak..ak msti antar on time pnyer...
mna xnyer...wat asgmnt skali ngn Fila....
eh2...xnak puji lbih2...
nnti kalu dia bca blog ak...msti kembang pnyer....he3
meh usha pic ak n fila
<<<<<<<< pic time PBS, sweet sgt >>>>>>>>>

(gadis hitam..fila(beg klbu+biru) aku (beg itam+pink) hu3)

LEC. KU yg SEMPOI

salam...
rasa kekok plak nk naip rini...
erm...actually ak nk citer ckit psal someone nih...
dia nih mmg lec ksyangan ak n bdak2 class ak...
nma dia En. Azmi...
dia ajaq kmi sbjek Hubungan Etnik...
dia mmg sempoi...
hensem...ha3...(dah kawin tau)
yg pling pnting,unsur kecindan mmg byk dlam dri dia...
so bila time dia...mmg kmi semua keras perut,,,,
dok gelak dari awal clas smpai akhir class....
dia ska kuar ngn sesuatu yg x trduga...
kdang2 mnari time ngajar...
der plak dia mnyanyi plak...
dat y kmi smua enjoy class dia...
huhuhu...
kmi der plan nk g Melaka bln 5...
skali ngn En. Azmi...
hrap2 plan nih bjya dlksanakan...
paperwork dah siap...
cuma tggu kbnaran dr Pengarah IPGM Kampus Ipoh jew...
hrap dpt lew kmi g Melaka 1 class...
Insyaallah....Amin...

(hensem kan EN.AZMI...hu3)

(salah 1 gaya spontan dr En Azmi)

(En. Azmi rancak mbri pnerangan ttg lwtan ke Melaka)

huhuhu....
pape pn...kt sini, dia mmg fvrite lec ak n kengkwan ak yg lain...
time dia mmg x bowink...
dia slalu mnyakat student2 dia...
so dia mmg slah sorg drpd lec yang best kt IPGM Kampus Ipoh nih...
kalo bab menymbang...serah kt dia...
mmg byk dia leh story kt class....
story2 dia mmg lew best..
ak mmg x kerng gusi ngn dia nih...
huhuhu....
chaiyok2 En. Azmi....!!!! :)

Wednesday, April 1, 2009

TEORI PSIKOANALITIK~pnddkn kreatvti~

TEORI PSIKOANALITIK

Diperkenalkan oleh sigmund Freud.
Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau membincangkan seni visual.
Seni boleh meluahkan emosi seseorang
Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia.
Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual.
Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka
Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.
Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
Contohnya; membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga
Dalam kajian kes Jarboe(2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget.
Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku yang aneh apabila dia menghadapi perubahan.
Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal.
Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget.
Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang ,lebih besar disekeliling bulatan pertama.
Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar adalah dirinya.
Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dia berada di dalam perut.
Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.
Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya.
Briget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan mengatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya.
Bridget menyatakan ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibunya.

AKU n CU'A

salam....
camner nak start erkk.....
sbnarnya rini ak agak sonok,,,coz pengakap dibatalkan.kuikuikui
ok, kali nih ak nk stry ttg mmbe ak SURAYA
actually...kami nih mmg gila2...
ska merepek sma2...sempoi la...
kalu wat asgnmnt msing2 jd penanda aras....ha3
ak mmg la rpat ngn dia,
coz kmi nih 1 team...
kalo bab menda2 merepek mmg serah kt kmi....kahkahkah
cu'a nih mmg ska lukis...mmg jwa berseni la...
tp ak plak x kearah 2....huhuhu....
kalu bg kt aku kertas lksan kt aku mmg jdi menda len pnyer(hahaha)

jgn klik