singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Sunday, February 7, 2010

induktif.deduktif,intergratif

PENDEKATAN INDUKTIF
Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh – contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyediakan contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan ini membantu murid-murid kita membuktikan fakta,membentuk soalan yang relevan, mengembangkan cara untuk mengemukakan soalan tersebut dan memberi keterangan. Guru hendaklah memilih peristiwa atau bahan-bahan yang sesuai bagi satu-satu pelajaran.melalui pendekatan murid – murid akan mengumpul maklumat untuk membentuk suatu hukum dan buat kesimpulan umum daripada contoh – contoh tertentu.
Guru akan membuat penyoalan serta membimbing pelajar .
Contoh : konsep a × b = b × a, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh 3 × 2 = 6, 2 × 3 = 6. Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, merancang aktiviti, membuat pelaksanaan dan penilaian sendiri. Rumusan, pendekatan induktif ialah satu pendekatan di mana guru memberikan contoh – contoh khusus dan murid memerhati,mentafsir dan mengkaji. Pendekatan sesuai untuk mata pelajaran seperti Bahasa ,Sains dan Matematik.


Urutan pelaksanaan Pendekatan Induktif

Contoh Pendekatan Induktif
*5 + 3 =8 *1 + 9=1-0
*3 + 5 = 8

Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif bermaksud sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasi ke atas contoh yang khusus. Perkara yang dipelajari daripada kaedah ini digunakan untuk mendapatkan rumus, hukum, prinsip yang baru. Pendekatan ini membawa murid bergerak dari prinsip generalisasi kepada kejadian spesifik.

Selain itu, ia memberi peluang kepada murid untuk menguji dan meneroka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep kemudian meminta murid untuk mengemukakan contoh. Selepas itu,disusuli dengan aktiviti pengukuhan di mana murid menjawab soalan latihan. Pendekatan ini berasaskan kenyataan bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi minat,intelek, kecekapan dan daya cipta

Urutan pelaksanaan Pendekatan Deduktif

Contoh konsep Pendekatan Deduktif
• Prinsip Satu

ContohPendekatan Deduktif

Peringkat 1:Pengajaran Prinsip
I. Jumlah sudut segitiga = 180 darjah

Peringkat 2: Uji kesahihannya
I. Beri rajah segitiga pelbagai jenis dan saiz dan minta pelajar mengukurnya
II. Potong melingtang semua sudut dalam sesuatu rajah segitiga dan letakkannya atas suatu garis lurus

Peringkat 3:Buat KESIMPULAN KONSEP INDUKTIF

Pendekatan Intergratif

Dikenali sebagai pendekatan kesepaduan atau model bercantum. Dalam KBSR, pendekatan ini digunakan dalam penggabung jalinan dan penyerapan. Melalui strategi ini beberapa kemahiran dapat dikuasai oleh murid secara serentak.Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu persekitaran yang meransangkan murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza dan menghargai unsur kepelbagaian Prinsip pendekatan integratif :

a) Tumpuan diberi kepada pemusatan murid.
- Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid –murid mengendalikan tugas
b) Penggunaan pembelajaran aktif
- Teknik yang digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi pelajar peluang
untuk mengaplikasi teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan harian
c) Peranan guru sebagai fasilitator.
- Guru perlu mereka bentuk aktiviti dimana murid dapat belajar sesama mereka serta dapat pengalaman pembelajaran berbentuk kendiri
d) Keutamaan diberi kepada kemahiran asas
- seperti membaca, menulis dan mengira diperkukuh dalam kalangan murid
e) Peluang untuk kerja berpasukan
- Melalui kerja berpasukan, murid –murid belajar untuk menghargai unsure kepelbagaian dan perbezaan individu
f) Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan
- Amat penting agar murid – murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan internet sedia ada

No comments:

jgn klik