singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Monday, November 16, 2009

~secebis renungan~

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.



Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.

"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(al-Muzammil:20)

Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:

# Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.

# Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.

# Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

# Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.

# Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.

Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:

# Dekat diri kepada Allah.

# Takwanya semakin meningkat.

# Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

# Membersihkan kekotoran di dalam hati.

# Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.

# Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.

# Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.

Monday, November 2, 2009

~mUsiM eXaM~

~kpd bakal pndidik...jwab exam molek2
syg kawan2 sy~ gd luck


Selamat Berjuang(brothers)

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

jgn klik