singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Wednesday, April 1, 2009

TEORI PSIKOANALITIK~pnddkn kreatvti~

TEORI PSIKOANALITIK

Diperkenalkan oleh sigmund Freud.
Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau membincangkan seni visual.
Seni boleh meluahkan emosi seseorang
Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia.
Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual.
Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka
Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.
Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
Contohnya; membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga
Dalam kajian kes Jarboe(2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget.
Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku yang aneh apabila dia menghadapi perubahan.
Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal.
Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget.
Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang ,lebih besar disekeliling bulatan pertama.
Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar adalah dirinya.
Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dia berada di dalam perut.
Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.
Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya.
Briget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan mengatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya.
Bridget menyatakan ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibunya.

No comments:

jgn klik