singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Sunday, August 15, 2010

menarik utk dikOngsi...

sdg melewati 1 laman ilmiah..
tertarik dgn sesuatu..
n cik.asnur rsa nk kOngsi sma2.. =)
then
cik.asnur cOpy n paste aje...
hOpe..
kwan2 ley dpat 1 info baru...
kalo dh penah tahu info nih
aggaplah baca utk msa terluang,, =)

KALIMAH ALLAH S.W.T

Ibnu Abbas R.A. berkata : “ Ketika Allah S.W.T. menjadikan Arasy dan menyuruh malaikat memikulnya lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah S.W.T menyuruh malaikat membaca ‘Subhanallah’sebaik sahaja membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama-lamanya.”

Ibnu Abbas R.A. berkata : “ Apabila Allah S.W.T. menjadikan Adam A.S maka mula yang eluar dari mulut Adam A.S. ialah bersin. Lalu Allah S.W.T. mengilhamkan kepada Adam A.S. untuk membaca kalimah
‘ Alhamdulillah’ lalu Allah menjawab ‘Yarhammuka Rabbika’ ( kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau ).”

Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah mulia dan baik, dan tidak sepatutnya kami abaikan.” Maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan mereka membaca :
‘Subhanallah Walhamdulillah ’ .
Mereka membaca demikian sehingga Allah S.W.T. mengutuskan Nabi Nuh A.S. Disebabkan kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca ‘
La Ilaha Illah’ bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.


Lalu malaikat berkata : “ Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan.” Maka malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang kedua itu sehingga menjadi
Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah ’.

Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. Setelah terutu Nabi Ibrahim A.S., Allah S.W.T telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya, yang mana akhirnya Allah S.W.T. telah menebus anaknya Ismail A.S. dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim melihat anaknya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dan diganti dengan kambing maka Nabi Ibrahim menyebut ‘
Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.

Para malaikat berkata : “ Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar .” Kemudian malaikat menggabungkan dengan kalimah yang ketiga sehingga menjadi
'
Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar ’ .

Ketika malaikat Jibril A.S. menceritakan kisah ini kepada Rasulullah S.A.W., baginda berasa kagum dan terus membaca ‘
Walahaulawala Quwatailla Billahil 'Aliyiladzim’.

Kemudian Jibril A.S. berkata : “Gabungkan kalimah keempat itu sehingga menjadi
'
Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar Walahaulawala Quwatailla Billahil 'Aliyiladzim'

No comments:

jgn klik