singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Sunday, August 15, 2010

baca aje la... =P

Kadang2 kita rasa ragu2 untuk senyum pada orang yang baru kita kenal atau baru je nak mesra2.

Selalu orang akan nilai pada apa yang pertama sekali yang diorang nampak pada seseorang. Tapi kalau setakat sekali pandang dan kebetulan ternampak sesuatu yang kita tak berkenan kat orang tu, tak bolehlah dengan senang hati nak kata dia itu begitu dan begini kan? Tapi kebanyakkannya dari kita memang suka buat penilaian yang agak salah.

Padahal orang tu kalau kita betul2 nak kenal sebenarnya dia tidak seperti yang kita sangkakan. Memanglah secara tak langsung bila kita tengok orang lain, kita akan terus mengadili.

Kita kalau kat tempat orang (terutamanya) atau keje kat tempat baru dengan suasana baru patutnya kena pandai2 bawa diri kan? Ok, macam mana kalau kita dah beria2 menyapa dan senyum macam Kerang Busuk dah rupanya tapi orang2 yang memandang tu macam tak pernah tengok orang je. Atau lebih buruk lagi bila senyuman kita dibalas dengan jelingan? Buat2 tak nampak ke, tak nak pandang langsung?

Dan perubahan masa juga perubahan diri dari yang berfikiran sangat cetek hingga menjadi matang banyak membantu untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dan mesra. Tapi kalau terlalu mesra pun tak elok jugak.

Kalau lelaki - terlalu peramah nanti ada je perempuan/wanita yang terasa dirinya menjadi perhatian lelaki tu... Kalau perempuan/wanita, takut disalah erti pulak. Ini semua biasa berlaku di kalangan kita. Peramah salah, tak ramah orang kata kita sombong pulak. Jadi, berpada2 saja apa pun yang kita buat.


No comments:

jgn klik