singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Thursday, March 31, 2011

sekadar berkongsi

dok kodek2 mOuse,,bukak fOlder tu ini,,,, terjumpa mklumat ini,,, act.guna maklumat ini, masa praktikum di sek.keb.perpaduan time praktikum fasa pertama dulu... rasanya x salah utk diletakkan lm blOg cik.asnur nih..

~sekadar berkOngsi....mOga berguna kpd rakan2 yg tengah cari maklumat utk kajian kes mngenai masalah tingkah laku~

Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak yang akan menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah sekiranya tidak dipenuhi. Antaranya ialah:

1. Privasi-Kadangkala kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri. Contohnya, kanak-kanak ingin bermain atau membaca bersendirian.

2. Kuasa • Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Mereka juga inginkan kebebasan. Contohnya, kanak-kanak ingin memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai semasa bermain.

3. Memiliki barang peribadi • Kanak-kanak ingin memiliki sesuatu benda. Mereka tidak mahu berkongsi barang yang dianggap milik peribadi seperti kasut dan permainan.

4. Perhatian • Kanak-kanak inginkan perhatian. Selalunya, mereka akan menangis supaya dapat memberitahu orang lain tentang keperluan mereka itu.

5. Kejayaan dan cabaran • Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu tingkahlaku untuk melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut.

6. Keselamatan • Keperluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosional. Melalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan menerima dirinya sendiri dan orang lain.

7. Kasih sayang dan penerimaan • Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima seadanya oleh orang lain. Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka terbiar, mereka akan merasa rendah diri dan kendiri negatif akan terbentuk.


Di petik dari Buku :
Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak
Mahani Razali
Mahizer Hamzah
Nor Junainah Mohd Isa

No comments:

jgn klik