singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Thursday, November 4, 2010

Apa Yang Wanita Inginkan Dari Seorang Lelaki?

terjumpa n rsa nk kongsi2... jOm sma2 bca2,,,hu3

Apabila cinta mula berputik di hati wanita, apakah yang diharapkan oleh mereka ini? Mahukan kekasih lelaki sekacak Brat Pitt? Kekasih yang setia? Kekasih yang penyayang? Kekasih yang romantis? atau kekasih yang bersikap pak lawak sebagai penghibur hati? Atau mahukan kekasihnya memiliki harta dan kuasa? Atau merangkumi semua yang dinyatakan?

Cinta itu buta? Itu umpamaan yang selalu diungkapkan dalam dunia bercinta. Cinta dan kasih sayang memang merupakan perkara yang tidak lari dalam hidup ini. Malah menjadi sesuatu yang indah dan lebih bermakna dalam diri seseorang apabila cinta dan kasih sayang itu lahir dari dua hati yang saling memerlukan. Bukan paksaan. Bagaimana perasaan cinta itu datang dan terhasil dengan sendirinya? Bagaimanalah pula cinta yang sebenar yang dilahirkan itu memberikan satu petanda bahawa si dia merasakan kamu mencintainya dengan setulus hati yang ikhlas. Perasaan sayang pada si dia akan terus bercambah dan menebal apabila kedua-dua kamu saling berkongsi naluri dan perasaan. Tetapi bukan itu semua mengcukupi. Banyak lagi yang perlu kamu ketahui kehendak makhluk yang bernama “WANITA”.

WANITA ini memang memerlukan PERHATIAN. Wanita sering mendambakan belaian dan perhatian dari kekasih hatinya. Memang kalau sudah sayang apa saja akan dilakukannya. Kononnya itulah yang selalunya diungkapkan oleh orang bercinta. Kalau tidak dimanjakan sepenuhnya, jangan lupa berikan sedikit perhatian. Jangan sampai si dia terasa hati pula. Macam-macam boleh jadi. Manalah tahukan, kamu ini lebih banyak memberikan masa kepada kerjaya dan aktiviti harian anda dan selalu meminggirkan wanita kesayangan anda terabai. Korbanlah sedikit demi perhubungan anda itu. Jangan lupa bertolak ansur dalam menangani segala yang berlaku dalam perhubungan kamu itu. dan Jangan lupa, kamu harus tahu tentang latar belakangnya juga untuk mengetahui sikap sebenarnya. Oleh kerana kamu ini insan yang dekat dengannya maka si dia akan menganggap dirimu itu sebagai tempat melepaskan kasih sayang dan bermanja. Jadi inilah masanya untuk kamu mengambil kesempatan untuk memenangi hatinya. Jangan pula kamu menanggapnya sebagai mengada-ngada. Tunjukkan sikap gentlemenkamu itu!!!!

WANITA inginkan pasangan SECOCOK dan SEPADAN. Memang menjadi setiap idaman wanita mahu mencari kekasih yang secocok dan sepadan dengan mereka. Secocok dan sepadan dari segi pendidikan, pemikiran malah merupakan bonus jika mendapat kekasih yang kacak!!! Biarpun kadangk ala ada yang mengatakan tidak mementingkan paras rupa da;am mencari teman hidup tetapi jauh di sudut hati, wanita sering berharap walaupun setidak sekacak Brat Pitt setidak-tidaknya biarlah yang sedap mata memandang!!! Bukannya apa, nanti hendak dibawa masuk ke dalam keluarga, hendak tunjuk pada saudara mara. Jadi, kenapa lelaki di luar sana jika paras anda biasa-biasa sahaja, jangan pula susah hati. Yang penting jaga penampilan agar sedap mata memandang!!! Biasanya pasangan yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih kurang sama akan lebih memahami antara satu sama lain dan tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Saling mengerti dan saling memahami membuatkan cinta wanita kekal dan tidak mudah luput di hati. Ini juga memudahkan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain malah bangga wujud dalam diri jika ke mana sahaja pergi, ada yang memuji kemu merupakan pasangan ideal!!!!

WANITA mahukan pasangan yang MEMAHAMI MASALAHNYA. Kadangkala apabila kamu tiada di sisi, si dia menelefon dan akan kedengaran suaranya tidak seperti biasa seperti orang sakit ataupun bermasalah. Jadi peranan kamu adalah bertanyakan mengapa suaranya begitu. Jangan pula kamu buat tidak tahu sahaja!!!! Tentu akan menambah sakit dihatinya. Mungkin dengan cara itu dia beranggapan anda akan faham situasinya. Memang betul, bukan mudah menjaga kekasih hati. Kalau tidak mengambil berat pun susah, ambik berat pun susah. Yelah kadangkala bila terlampau caring, si dia akan mengatakan bosan dan rimas pula!!! Bila tidak ambil tahu kata tidak sayang pula!!!. Jangan risau. Paling penting jangan kamu sakiti hatinya, jika dia marah-marah baik kamu lupakan si dia buat seketika. Bukannya bermakna kamu lemah tetapi sekadar menjaga hubungan kamu dengan si dia. Jika terpaksa atau kamu merasakan kesabaran kamu teruji, cubalah menegurnya dengan cara yang paling baik supaya tidak terguris hatinya. Manalah tahu si dia akan berubah. Yang perlu kamu tahu adalah bercinta memang banyak bermain dengan emosi. Jadi jika hendak melibatkan diri dengan dunia cinta, bersiap sedia dan sabarlah banyak-banyak, jika tidak lupakan sahaja!!!!

No comments:

jgn klik