singgah2...sila tggal jejak anda!! ^_^

tinta untuk semua

Sunday, June 28, 2009

Buat Teman

Buat teman-teman yang diingati.. Jangan dicinta kerana dia lelaki Kelak kita akan membenci Jika dia bukan lelaki yang dicari Hanya pandai menabur janji… Jangan di rindu pada paras rupa Kelak kita akan terseksa Jika dia tidak sebaik rupanya Senyumnya manis tipu belaka… Jangan disayang kerana berharta Kelak kita hidup menderita Jika hartanya habis dibelanja Sukar hidup, miskin dan papa… Jangan dikasih kerana dipuji Kelak kita menagih janji Jika rupa berkedut dimamah hari Hilang sudah puji memuji… Jangan dicari seorang kekasih Kelak kita akan disisih Jika kasih luntur bersih Menangislah diri hidup bersedih… Jangan disambut salam rindu Kelak kita menahan sendu Jika rindu tak dapat disatu Dimanakah kita akan mengadu… Jangan dilayan seorang teman Kelak hidup menjadi ancaman Jika teman tidak beriman Dibakar api hari kemudian… Wahai sahabat wahai teman Carilah dia kerana Tuhan Untuk menambah ceteknya iman Bekalan diri hidup berteman… Wahai sahabat wahai teman Cintalah dia kerana beriman Dijadikan Tuhan sebagai pasangan Baik buruk ketentuan Tuhan Wahai sahabat wahai teman Terimalah dia penuh keikhlasan Andai buruk angaplah dugaan Andai baik pujilah Tuhan… Wahai sahabat wahai teman Ingatlah akan janji Tuhan Isteri yang baik besar balasan Suami penyabar itulah kemenangan

No comments:

jgn klik